Langkau ke kandungan utama

Catatan

Cuti Di Pulau Pangkor

Cuti di Pulau Pangkor memang terbaik! Sis baru balik dari bercuti di sana. Tiada plan pada mulanya, tapi dapat pula masa walaupun hanya 3H 2M sahaja. Terasa waktu cepat berlalu sepanjang berada disana. Ok, Sis cuma nak kongsi perjalanan dan tips sepanjang berada di sana. Sis mulakan perjalanan awal pagi dengan ambil tren ETS ke Batu Gajah . Jujurnya memang pilihan kedua jika hendak ke Pangkor. Sekiranya anda tak ingin membuang masa, boleh ambil bas dari TBS-Lumut. Dari stesen bas Lumut hanya jalan kaki 5min ke Jeti Lumut. Lebih mudah dan senang. Tapi Sis nak jalan lebih la kan.  Sampai di Batu Gajah, Sis ambil Grab untuk ke Jeti Lumut. Perjalanan ambil masa 1 jam. Kemudian di Jeti Lumut, Sis beli tiket di kaunter, simpan tiket resit sebab tiket tu untuk perjalanan pergi-balik. Jangan buang pula. Ramai yang tak tahu sebab tak diberitahu semasa beli tiket. Harga tiket pergi balik RM14 sahaja untuk dewasa. Ada juga yang boleh dibeli online, cuba anda cek di laman ini easybook.com ....

Pengalaman bersama 'AirBnb Experience'

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Agak lama juga tidak kongsi cerita di blog saya ini. Tiba-tiba tergerak hati nak kongsi pengalaman saya bersama AirBnb sebelum PKP dilaksanakan. Saya bermula pengalaman bersama ini dari September 2019. AirBnb Experience banyak memberi saya ilham dan pengajaran serta pengalaman baik atau kurang baik untuk saya perbaiki dari semasa ke semasa. Saya memilih experience di bandar bersejarah iaitu Melaka. Saya berpendapat, experience ini tidak banyak didapati di Melaka. Sejak dari itu, saya memulakan servis saya iaitu membawa pelancong menerokai kota sejarah di Melaka dengan hanya berjalan kaki sahaja.  View this post on Instagram Thank you @alishifraaz and wife @areesha_abdulla for giving me an opportunity to host an experience in Melaka. Hope both of you enjoyed the tour and keep in touch in future 👌. Inshaa Allah may see you in Maldives soon . . #airbnb #airbnbhost #melaka #daytour #host #travel #tour A post shared by Yanti Ah...

Phuket pantai yang indah

Assalamualaikum w.b.t & Selamat sejahtera, Kembali lagi saya dari Phuket pada 29 April 2018 lalu, bersama keluarga melawati pantai Phuket di Bang Tao . Sebelum ini saya pernah ke Phuket di Patong, tetapi pada kali ini saya ke Bang Tao untuk lebih privasi. Persisiran pantai yang sungguh cantik, pasir halus, air laut yang hijau jernih bersama sekumpulan anak ikan yang boleh dilihat jika anda berada di pesisir pantai sahaja. Tidak rugi jika anda berada disini dengan tujuan lebih privasi dan tenang tanpa terlalu ramai kunjungan orang. Bang Tao Beach Kami memilih tempat tinggal di Pams Bang Tao Villa 1 yang mana kami tempah melalui Booking.com . Harga yang berpatutan untuk keluarga seramai 6 orang maksimum. Kos tinggal selama 4H3M sebanyak RM1,142 . Segala peralatan lengkap didalam banglo tersebut. Jika anda ingin jimat, terdapatan segala peralatan memasak. Makanan restoren disana agak mahal jadi tidak salah jika anda ingin berjimat. Kami juga membeli barang dapur yang mu...

Makan mana hujung minggu ini??

Assalam w.b.t dan Salam Sejahtera, Kembali lagi saya untuk berkongsikan pengalaman saya mencuba tempat-tempat kafe atau restoren hipster yang semakin popular disekitar Kuala Lumpur. Agak memberansangkan jika anda ingin memulakan bisnes seperti ini. Oleh itu saya memilih beberapa tempat yang saya sudah mencuba makanan yang disediakan dan mengikuti trend viral yang semakin berleluasa. Hanya menggunakan jari, mencari tempat makan paling best di Kuala Lumpur, sudah pasti anda akan jumpa. 1. Merchant's Lane įžŽįœŸæž— Salah satu tempat yang agak popular dan telah disenaraikan dalam Timeout dan juga senarai tempat yang harus pergi di China Town. Menu yang disediakan agak berlainan berbanding biasa yang mana disediakan dengan cara yang kreatif dan tidak dijangka. Kolaborasi yang agak menarik dan unik membuatkan ramai yang datang mengunjung disini. Merchant Lane Alamat : 2 floor, 150, Jalan Petaling, Kuala Lumpur 50000 No Telefon: 03 2022 1736 https://www.facebook.co...

New Zealand..memang berbaloi

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera, Anda pernah mengidamkan berada di kawasan pergunungan dan di ladang penternakan lembu seluas-luasnya? New Zealand adalah tempatnya, di mana anda akan menjumpai lembu lebih banyak dari manusia. Saya bersama rakan berempat memilih destinasi ini untuk melihat sendiri jika benar. Kebetulan penerbangan AirAsia membuat promosi tiket ke sana. Jadi kami ambil peluang dalam masa terdekat itu untuk jejak kaki disana. Auckland International Airport Sampai di airport, kami mencari simkad untuk penggunaan internet dan juga menyewa kereta selama 3 hari sepanjang kami tinggal di sana. Walaupun agak pendek jangka masa, tetapi kami tetap berusaha untuk mencari tempat-tempat menarik yang ingin kami lawati. Sejurus selepas mendapat kereta, kami bergerak menuju ke hotel pilihan Pandora's Home . Bilik tidur Pandora's Home, Auckland Pagi berikutnya, kami memulakan perjalanan ke Auckland Botanic Garden . Kawasan berluas 64 hekta...

Perth, aman damai

Assalamualaikum w.b.t, Disini saya ingin berkongsi pengalaman bercuti saya bersama anda moga dapat membantu serba sedikit plan perjalanan anda. Perjalanan ke Perth, Australia adalah yang paling menggembirakan saya. Jejak kaki disana terasa berlainan perasaan teruja untuk melihat bandar besar itu. Akhirnya, saya dan keluarga dapat melihat serba sedikit negara itu. Benarlah kata orang, Perth amat sesuai untuk orang yang memerlukan ketenangan dan juga sesuai untuk generasi tua yang mana persekitaran yang tenteram dan tidak sibuk seperti di bandar besar. Burswood Lodge Kami memilih kediaman di Burswood Lodge. Sesuai untuk famili atau kumpulan seramai 6 orang. Ruang yang selesa dan terdapat kemudahan memasak. Berdekatan terdapat kedai runcit jika anda ingin membeli barang dapur dan masak ikut kesesuaian anda. Burswood Lodge Kawasan perumahan yang agak aman dan jauh dari hingit bandar. Cuaca di malam hari agak sejuk dan diingatkan memakai baju panas jika perlu....