Langkau ke kandungan utama

Phuket pantai yang indah

Assalamualaikum w.b.t & Selamat sejahtera,

Kembali lagi saya dari Phuket pada 29 April 2018 lalu, bersama keluarga melawati pantai Phuket di Bang Tao. Sebelum ini saya pernah ke Phuket di Patong, tetapi pada kali ini saya ke Bang Tao untuk lebih privasi.
Persisiran pantai yang sungguh cantik, pasir halus, air laut yang hijau jernih bersama sekumpulan anak ikan yang boleh dilihat jika anda berada di pesisir pantai sahaja.
Tidak rugi jika anda berada disini dengan tujuan lebih privasi dan tenang tanpa terlalu ramai kunjungan orang.

Bang Tao Beach

Kami memilih tempat tinggal di Pams Bang Tao Villa 1 yang mana kami tempah melalui Booking.com . Harga yang berpatutan untuk keluarga seramai 6 orang maksimum. Kos tinggal selama 4H3M sebanyak RM1,142.
Segala peralatan lengkap didalam banglo tersebut. Jika anda ingin jimat, terdapatan segala peralatan memasak.
Makanan restoren disana agak mahal jadi tidak salah jika anda ingin berjimat. Kami juga membeli barang dapur yang mudah seperti sardin, roti, telur, kopi, teh, gula, garam dan sebagainya mengikut keperluan anda.

Elakkan makan di restoren India atau Pakistan kerana harga mereka terlalu mahal berbanding restoren atau kedai makan asal disitu.
Makanan halal mudah didapati, anda hanya perlu Google atau bertanya pada orang tempatan. Mereka sangat membantu dan peramah.


Pams Bang Tao Villa 1
Ketika kami sampai dibanglo tersebut, kami di jamah dengan buah-buahan tempatan yang disediakan tuan rumah. Mereka sangat peramah dan baik.
Untuk pengetahuan anda juga, binatang seperti anjing juga banyak dikawasan tersebut tetapi anda tidak perlu risau kerana kebanyakan adalah anjing peliharaan. Mereka tidak garang :)


 Jika anda mencari kawasan pantai yang tidak ramai dan tenang, anda boleh memilih tinggal Bang Tao. Terdapat banyak juga resort atau hotel mengikut kesesuaian dan bajet anda. Perkhidmatan teksi atau tuk tuk juga mudah didapati. Tetapi agak mahal sedikit. Apa yang penting sentiasa plan tujuan perjalanan anda supaya tidak melebihi bajet anda.

Layari instagram saya untuk tips atau tempat-tempat menarik sepanjang perjalanan travel saya di ------ - - >  yna_travel

Sekian...terima kasih :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Senarai Hotel di Melaka 2020 Covid-19

Senarai Hotel di Melaka 2020 Melaka semakin menjadi tempat percutian paling popular dan pilihan ramai orang yang sering datang mengunjung. Sesuai untuk keluarga atau pasangan yang ingin menikmati suasana dan keunikan bandar sejarah Melaka sendiri. Sini saya senaraikan pilihan hotel-hotel di Melaka yang mana menurut pendapat saya sendiri mengikut kesesuaian anda.  Jika anda ingin membuat tempahan terus, anda boleh klik pada gambar hotel berkenaan dan harga akan dipaparkan melalui Agoda. 1. RC Hotel TEMPAH SEKARANG!  2. Imperial Heritage Hotel TEMPAH SEKARANG! 3. Riviera Suites Melaka TEMPAH SEKARANG! 4. Viomaxs Malacca Silverscape Studio TEMPAH SEKARANG! 5. The Pines TEMPAH SEKARANG! 6. Moty Hotel TEMPAH SEKARANG! 7. JonkeRED Heritage Hotel TEMPAH SEKARANG! 8. The Sterling Boutique Hotel TEMPAH SEKARANG! 9. Tun Fatimah Riverside Hotel TEMPAH SEKARANG! 10. Hatten Hotel TEMPAH SEKARANG! 11. 906 Riverside Hotel TEMPAH SEKARANG! 12. Swiss-Garden Hotel TEMPAH SEKARANG! 13. Temasek H...

Senarai Apartment di Kuala Lumpur 2021

Kembali lagi dengan membawa senarai apartment untuk penginapan keluarga anda!!! Jom kita lihat senarai TOP pilihan apartment di Kuala Lumpur: 1. Regalia Suites and Hotel TEMPAH SEKARANG 2. Arte Plus by Afflexia Serviced Suites KLCC TEMPAH SEKARANG 3. The best KLCC view @ Regalia Residences TEMPAH SEKARANG 4. The Penthouse KLCC TEMPAH SEKARANG 5. Victoria Home Arte Plus TEMPAH SEKARANG 6. Saba Suites at Platinum KLCC TEMPAH SEKARANG 7. PH Suites @ Pavillion Bukit Bintang TEMPAH SEKARANG 8. The Apartments @ Times Square TEMPAH SEKARANG 9. Dorsett Residences Bukit Bintang TEMPAH SEKARANG 10. Summer Suites Residences by Subhome KLCC TEMPAH SEKARANG