Cuti di Pulau Pangkor memang terbaik! Sis baru balik dari bercuti di sana. Tiada plan pada mulanya, tapi dapat pula masa walaupun hanya 3H 2M sahaja. Terasa waktu cepat berlalu sepanjang berada disana. Ok, Sis cuma nak kongsi perjalanan dan tips sepanjang berada di sana.
Sis mulakan perjalanan awal pagi dengan ambil tren ETS ke Batu Gajah. Jujurnya memang pilihan kedua jika hendak ke Pangkor. Sekiranya anda tak ingin membuang masa, boleh ambil bas dari TBS-Lumut. Dari stesen bas Lumut hanya jalan kaki 5min ke Jeti Lumut. Lebih mudah dan senang. Tapi Sis nak jalan lebih la kan.
Sampai di Batu Gajah, Sis ambil Grab untuk ke Jeti Lumut. Perjalanan ambil masa 1 jam. Kemudian di Jeti Lumut, Sis beli tiket di kaunter, simpan tiket resit sebab tiket tu untuk perjalanan pergi-balik. Jangan buang pula. Ramai yang tak tahu sebab tak diberitahu semasa beli tiket. Harga tiket pergi balik RM14 sahaja untuk dewasa. Ada juga yang boleh dibeli online, cuba anda cek di laman ini easybook.com.
|
Kaunter Tiket Jeti Lumut
|
Jejak kaki di Pulau Pangkor, Sis cari kenderaan awam untuk ke hotel. Maklum la, Sis takde lesen memandu, tahu bawa basikal je. Banyak teksi pink disitu, jadi jangan risau. Kereta sewa, motor sewa memang sentiasa ada, anda boleh sewa untuk jalan-jalan di pulau. Sebelum tu, Sis jalan-jalan tengok area situ, ternampak pula Laris Duty Free yang viral tuh. Apa lagi, menyusup ke arah kedai nak tengok apa yang best sangat tuh kan. OK la, pilihan coklat dan barang periuk sedia ada, tapi takde pula yang Sis berkenan. Maaf la ya, haha.
|
Laris Duty Free
|
Kalau nak tahu, kat sana takde 'fast food' ya. Jadi Sis cari makan di gerai makan yang sedia ada. Teruskan perjalanan dengan ambil teksi ke hotel. Sis bermalam di hotel Coral Bay Pangkor Resort. Bukan la hotel baru, tapi boleh la untuk bermalam. 'Surprise' jugak bila dan masuk bilik hotel, besar dan selesa walaupun masih menggunakan perabot lama hotel. Ada juga apartment, tapi Sis book hotel dia. Swimming pool area yang besar dan kawasan yang luas mungkin yang membuat family banyak stay disini. Lokasi hotel ni dekat dengan Pantai Pasir Bogak. Jalan kaki 3min je sampai. Yang best pula, bawah hotel ada lagi satu duty free shop iaitu CK Duty Free. Ada kedai serbaneka, gerai makan, restoren berdekatan. Tak susah.
|
Coral Bay Resort |
Dah rehat secukupnya di hotel, Sis amik lagi teksi pink untuk ke Pantai Teluk Nipah. Memang terbaik view dia. Air bersih dan jernih. Kawasan agak luas untuk mandi manda dan sepanjang tepi jalan banyak resort dan gerai makan. Tak lepas peluang, Sis cuba makan rojak ketam di Rojak Ketam Anak Mami. Sambil melayan tepi pantai, menenangkan pemandangan. Lepas makan, Sis didatangi seorang lelaki nak promote island hopping pusing satu pulau tu. Dah alang-alang jalan, amik la sekali. Satu bot dia caj RM70 untuk 2 orang. Giam Island salah satu tempat dia bawa.
|
Pantai Teluk Nipah
|
Aktiviti yang mesti anda buat kalau dah sampai sini. Tak rugi. Pemandangan yang cantik dengan hakisan batu-batu terbentuk seperti kura-kura dan buaya. Dapat pula bagi ikan makan dikawasan 'snorkeling'. Memang terbaik. Habis aktiviti laut, Sis amik tour dengan teksi pink bawa pusing kawasan darat pula. Dapatla Sis singgah di Masjid Terapung, Masjid Cina, Kota Belanda, Batu Bersurat, dan kilang pemprosesan hasil laut seperti Paksu dan Hai Seng Hin. Kilang ini memang dapat sijil halal dari JAKIM. Boleh la anda nak beli ikan bilis Pangkor, sotong kering dan macam-macam lagi.
|
Kilang Hai Seng Hin
|
Jadi, anda boleh la plan perjalanan anda. Tak susah pun, yang penting ada pulusnya hehe. Kalau nak tengok banyak lagi tempat-tempat menarik, boleh join telegram channel Sis ya. Klik sini.
|
Masjid Terapung / Seribu Selawat
|
|
Kota Belanda
|
|
Giam Island
|
|
Rojak Ketam Anak Mami
|
Ulasan
Catat Ulasan