Langkau ke kandungan utama

Pengalaman bersama 'AirBnb Experience'

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Agak lama juga tidak kongsi cerita di blog saya ini. Tiba-tiba tergerak hati nak kongsi pengalaman saya bersama AirBnb sebelum PKP dilaksanakan. Saya bermula pengalaman bersama ini dari September 2019. AirBnb Experience banyak memberi saya ilham dan pengajaran serta pengalaman baik atau kurang baik untuk saya perbaiki dari semasa ke semasa.

Saya memilih experience di bandar bersejarah iaitu Melaka. Saya berpendapat, experience ini tidak banyak didapati di Melaka. Sejak dari itu, saya memulakan servis saya iaitu membawa pelancong menerokai kota sejarah di Melaka dengan hanya berjalan kaki sahaja. 


View this post on Instagram

Thank you @alishifraaz and wife @areesha_abdulla for giving me an opportunity to host an experience in Melaka. Hope both of you enjoyed the tour and keep in touch in future 👌. Inshaa Allah may see you in Maldives soon . . #airbnb #airbnbhost #melaka #daytour #host #travel #tour

A post shared by Yanti Ahmad (@yna_travel) on


Gambar diatas merupakan pelanggan pertama saya yang tempah melalui aplikasi AirBnb. Teruja dapat pelanggan pertama tetapi gemuruh sebab takut tidak dapat memberikan apa yang mereka inginkan. Alhamdulillah, respon agak baik dari mereka. Dari situ bermulalah kerjaya saya dalam memberikan perkhidmatan dalam pelancongan. Banyak yang saya belajar sepanjang pertemuan dari pelbagai negara. Sememangnya, mereka betul-betul kagum dengan Melaka serta sejarahnya. 

Walaupun saya berasal dari Melaka, tetapi banyak benda yang saya tidak jangka atau ketahui sebelum ini. Makin saya mendalami, makin saya cintai negeri saya ini. Itulah yang saya dapat dan pelajari sejarah sebelum adanya Malaysia ini. 

Jom tonton video pendek dibawah yang mana terdapat tempat-tempat wajib yang saya bawa pelancong untuk nikmati.


Jika anda yang belum terokai sejarah Melaka, cuba lah! Saya janjikan yang anda akan dapat merasakan kehidupan di era Kesultanan Melayu Melaka yang gemilang sehingga ke Malaysia hari ini. Terlalu banyak yang dipertaruhkan dan diperjuangkan ketika itu. Moga apa yang kita rasa hari ini, sedikit sebanyak mengambil iktibar sepanjang perjuangan yang berlaku di zaman kedatangan Parameswara ketika itu.

 

Seterusnya, saya akan kongsi tempat-tempat menarik di Melaka sepanjang 'experience' saya bersama pelanggan saya. Nantikan ya! Sehingga itu jumpa lagi! 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Senarai Hotel di Melaka 2020 Covid-19

Senarai Hotel di Melaka 2020 Melaka semakin menjadi tempat percutian paling popular dan pilihan ramai orang yang sering datang mengunjung. Sesuai untuk keluarga atau pasangan yang ingin menikmati suasana dan keunikan bandar sejarah Melaka sendiri. Sini saya senaraikan pilihan hotel-hotel di Melaka yang mana menurut pendapat saya sendiri mengikut kesesuaian anda.  Jika anda ingin membuat tempahan terus, anda boleh klik pada gambar hotel berkenaan dan harga akan dipaparkan melalui Agoda. 1. RC Hotel TEMPAH SEKARANG!  2. Imperial Heritage Hotel TEMPAH SEKARANG! 3. Riviera Suites Melaka TEMPAH SEKARANG! 4. Viomaxs Malacca Silverscape Studio TEMPAH SEKARANG! 5. The Pines TEMPAH SEKARANG! 6. Moty Hotel TEMPAH SEKARANG! 7. JonkeRED Heritage Hotel TEMPAH SEKARANG! 8. The Sterling Boutique Hotel TEMPAH SEKARANG! 9. Tun Fatimah Riverside Hotel TEMPAH SEKARANG! 10. Hatten Hotel TEMPAH SEKARANG! 11. 906 Riverside Hotel TEMPAH SEKARANG! 12. Swiss-Garden Hotel TEMPAH SEKARANG! 13. Temasek H...

Senarai Apartment di Kuala Lumpur 2021

Kembali lagi dengan membawa senarai apartment untuk penginapan keluarga anda!!! Jom kita lihat senarai TOP pilihan apartment di Kuala Lumpur: 1. Regalia Suites and Hotel TEMPAH SEKARANG 2. Arte Plus by Afflexia Serviced Suites KLCC TEMPAH SEKARANG 3. The best KLCC view @ Regalia Residences TEMPAH SEKARANG 4. The Penthouse KLCC TEMPAH SEKARANG 5. Victoria Home Arte Plus TEMPAH SEKARANG 6. Saba Suites at Platinum KLCC TEMPAH SEKARANG 7. PH Suites @ Pavillion Bukit Bintang TEMPAH SEKARANG 8. The Apartments @ Times Square TEMPAH SEKARANG 9. Dorsett Residences Bukit Bintang TEMPAH SEKARANG 10. Summer Suites Residences by Subhome KLCC TEMPAH SEKARANG