Langkau ke kandungan utama

New Zealand..memang berbaloi

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,

Anda pernah mengidamkan berada di kawasan pergunungan dan di ladang penternakan lembu seluas-luasnya?
New Zealand adalah tempatnya, di mana anda akan menjumpai lembu lebih banyak dari manusia. Saya bersama rakan berempat memilih destinasi ini untuk melihat sendiri jika benar. Kebetulan penerbangan AirAsia membuat promosi tiket ke sana. Jadi kami ambil peluang dalam masa terdekat itu untuk jejak kaki disana.

Auckland International Airport

Sampai di airport, kami mencari simkad untuk penggunaan internet dan juga menyewa kereta selama 3 hari sepanjang kami tinggal di sana. Walaupun agak pendek jangka masa, tetapi kami tetap berusaha untuk mencari tempat-tempat menarik yang ingin kami lawati. Sejurus selepas mendapat kereta, kami bergerak menuju ke hotel pilihan Pandora's Home.

Bilik tidur


Pandora's Home, Auckland

Pagi berikutnya, kami memulakan perjalanan ke Auckland Botanic Garden. Kawasan berluas 64 hektar persegi mempunyai pelbagai tumbuhan dan jenis bungaan mengikut musim. Masuk adalah PERCUMA.

Auckland Botanic Gardens






Setelah setengah hari berlegar dikawasan ini, kami meneruskan perjalanan ke Matamata. Sepanjang perjalanan kami dapat melihat kawasan yang dipenuhi gunung ganang dan ladang lembu yang dikatakan. Sememangnya sungguh cantik keindahan ciptaan Tuhan ini. Saya rasa terharu melihatnya tanpa ada kata-kata yang sesuai untuk digantikan.





Nasihat saya, berhati-hati ketika ingin mengambil gambar di tepi jalan ya. Sememangnya tidak rugi jika anda berhenti sebentar dan ambil angin diluar sambil melihat pemandangan sekitar.

Selepas beberapa jam perjalanan, akhirnya kami sampai di pekan kecil Matamata. Sememangnya tiada bangunan pencakar langit atau perumahan kondominium seperti di bandar kita. Pekan yang kecil seperti dikampung kita.


Hobbiton
 Mesti anda pernah dengar Hobbit kan? Macam dalam filem tu. Hehe. Rasa seronok melihat suasana pekan Hobbiton ini. Wajib dalam perjalanan kami, mesti ada 'coffee time'. Barulah rasa macam diri itu amat berharga. Hehe.




Selesai minum, kami meneruskan perjalanan ke Hobbiton Movie Set, yang sibuk diperkatakan orang dimana penggambaran filem Hobbit dijalankan disitu.

Hobbiton Movie Set
Jadi, pilihan ditangan anda sekarang. Walaupun saya tidak dapat menerokai banyak lagi tempat, tapi ini sudah cukup menggembirakan hati saya. Moga suatu hari, saya akan kembali disini dan terokai tempat menarik lain yang sememangnya memukau mata saya.

Moga cerita ini dapat membantu dan memberi idea pada anda yang ingin kunjungi Auckland, New Zealand semestinya.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Senarai Hotel di Melaka 2020 Covid-19

Senarai Hotel di Melaka 2020 Melaka semakin menjadi tempat percutian paling popular dan pilihan ramai orang yang sering datang mengunjung. Sesuai untuk keluarga atau pasangan yang ingin menikmati suasana dan keunikan bandar sejarah Melaka sendiri. Sini saya senaraikan pilihan hotel-hotel di Melaka yang mana menurut pendapat saya sendiri mengikut kesesuaian anda.  Jika anda ingin membuat tempahan terus, anda boleh klik pada gambar hotel berkenaan dan harga akan dipaparkan melalui Agoda. 1. RC Hotel TEMPAH SEKARANG!  2. Imperial Heritage Hotel TEMPAH SEKARANG! 3. Riviera Suites Melaka TEMPAH SEKARANG! 4. Viomaxs Malacca Silverscape Studio TEMPAH SEKARANG! 5. The Pines TEMPAH SEKARANG! 6. Moty Hotel TEMPAH SEKARANG! 7. JonkeRED Heritage Hotel TEMPAH SEKARANG! 8. The Sterling Boutique Hotel TEMPAH SEKARANG! 9. Tun Fatimah Riverside Hotel TEMPAH SEKARANG! 10. Hatten Hotel TEMPAH SEKARANG! 11. 906 Riverside Hotel TEMPAH SEKARANG! 12. Swiss-Garden Hotel TEMPAH SEKARANG! 13. Temasek H...

Phuket pantai yang indah

Assalamualaikum w.b.t & Selamat sejahtera, Kembali lagi saya dari Phuket pada 29 April 2018 lalu, bersama keluarga melawati pantai Phuket di Bang Tao . Sebelum ini saya pernah ke Phuket di Patong, tetapi pada kali ini saya ke Bang Tao untuk lebih privasi. Persisiran pantai yang sungguh cantik, pasir halus, air laut yang hijau jernih bersama sekumpulan anak ikan yang boleh dilihat jika anda berada di pesisir pantai sahaja. Tidak rugi jika anda berada disini dengan tujuan lebih privasi dan tenang tanpa terlalu ramai kunjungan orang. Bang Tao Beach Kami memilih tempat tinggal di Pams Bang Tao Villa 1 yang mana kami tempah melalui Booking.com . Harga yang berpatutan untuk keluarga seramai 6 orang maksimum. Kos tinggal selama 4H3M sebanyak RM1,142 . Segala peralatan lengkap didalam banglo tersebut. Jika anda ingin jimat, terdapatan segala peralatan memasak. Makanan restoren disana agak mahal jadi tidak salah jika anda ingin berjimat. Kami juga membeli barang dapur yang mu...

Senarai Apartment di Kuala Lumpur 2021

Kembali lagi dengan membawa senarai apartment untuk penginapan keluarga anda!!! Jom kita lihat senarai TOP pilihan apartment di Kuala Lumpur: 1. Regalia Suites and Hotel TEMPAH SEKARANG 2. Arte Plus by Afflexia Serviced Suites KLCC TEMPAH SEKARANG 3. The best KLCC view @ Regalia Residences TEMPAH SEKARANG 4. The Penthouse KLCC TEMPAH SEKARANG 5. Victoria Home Arte Plus TEMPAH SEKARANG 6. Saba Suites at Platinum KLCC TEMPAH SEKARANG 7. PH Suites @ Pavillion Bukit Bintang TEMPAH SEKARANG 8. The Apartments @ Times Square TEMPAH SEKARANG 9. Dorsett Residences Bukit Bintang TEMPAH SEKARANG 10. Summer Suites Residences by Subhome KLCC TEMPAH SEKARANG