Langkau ke kandungan utama

Perth, aman damai

Assalamualaikum w.b.t,

Disini saya ingin berkongsi pengalaman bercuti saya bersama anda moga dapat membantu serba sedikit plan perjalanan anda.

Perjalanan ke Perth, Australia adalah yang paling menggembirakan saya. Jejak kaki disana terasa berlainan perasaan teruja untuk melihat bandar besar itu. Akhirnya, saya dan keluarga dapat melihat serba sedikit negara itu.

Benarlah kata orang, Perth amat sesuai untuk orang yang memerlukan ketenangan dan juga sesuai untuk generasi tua yang mana persekitaran yang tenteram dan tidak sibuk seperti di bandar besar.

Burswood Lodge


Kami memilih kediaman di Burswood Lodge. Sesuai untuk famili atau kumpulan seramai 6 orang. Ruang yang selesa dan terdapat kemudahan memasak. Berdekatan terdapat kedai runcit jika anda ingin membeli barang dapur dan masak ikut kesesuaian anda.


Burswood Lodge


Kawasan perumahan yang agak aman dan jauh dari hingit bandar. Cuaca di malam hari agak sejuk dan diingatkan memakai baju panas jika perlu.

Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke Kings Park and Botanic Garden. Tempat popular pelancong yang datang untuk melihat taman bunga yang pelbagai jenis sepanjang 4.06 kilometer persegi.  

Kings Park
Kings Park
Hari berikutnya kami ke Caversham Wild Life Park, ingin berjumpa kanggaru :) . Harga tiket masuk tidak lah mahal, berpatutan. Agak jauh dari tempat kami untuk ke sana. Kami menaiki Uber untuk kesana. Dinasihatkan jika anda bercadang untuk tinggal lama disana, sewa kereta adalah pilihan terbaik.
Caversham Wild Life Park
Caversham Wild Life Park


Seterusnya, perjalanan diteruskan. 'Shopping' perkara wajib bagi pelancong kan. Fremantle adalah destinasi yang kami pilih untuk membeli segala cenderamata untuk dibawa pulang.

Fremantle

Fremantle

Penat berjalan 'shopping', kami lapar dan pilih Fish & Chip sebagai menu tengah hari kami. Berdekatan, anda boleh jumpa beberapa tempat yang menyediakan menu Fish & Chip.


Kaili's Cafe

Fish & Chips
Setelah mengisi perut dan kekenyangan disebabkan Fish & Chips yang agak banyak, kami berjalan disepanjang pantai berdekatan. Pantai yang bersih dan sejuk airnya walaupun cuaca agak panas dan cerah.



Seterusnya, kami menziarahi masjid tertua di Perth. Rekabentuk yang sederhana membuat kami tertarik melihat.



Itu sahaja setakat ini yang boleh saya kongsikan bersama anda semua. Moga dapat membantu sedikit sebanyak dalam perjalanan anda nanti.

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca dan melihat perjalanan Perth saya bersama keluarga.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Senarai Hotel di Melaka 2020 Covid-19

Senarai Hotel di Melaka 2020 Melaka semakin menjadi tempat percutian paling popular dan pilihan ramai orang yang sering datang mengunjung. Sesuai untuk keluarga atau pasangan yang ingin menikmati suasana dan keunikan bandar sejarah Melaka sendiri. Sini saya senaraikan pilihan hotel-hotel di Melaka yang mana menurut pendapat saya sendiri mengikut kesesuaian anda.  Jika anda ingin membuat tempahan terus, anda boleh klik pada gambar hotel berkenaan dan harga akan dipaparkan melalui Agoda. 1. RC Hotel TEMPAH SEKARANG!  2. Imperial Heritage Hotel TEMPAH SEKARANG! 3. Riviera Suites Melaka TEMPAH SEKARANG! 4. Viomaxs Malacca Silverscape Studio TEMPAH SEKARANG! 5. The Pines TEMPAH SEKARANG! 6. Moty Hotel TEMPAH SEKARANG! 7. JonkeRED Heritage Hotel TEMPAH SEKARANG! 8. The Sterling Boutique Hotel TEMPAH SEKARANG! 9. Tun Fatimah Riverside Hotel TEMPAH SEKARANG! 10. Hatten Hotel TEMPAH SEKARANG! 11. 906 Riverside Hotel TEMPAH SEKARANG! 12. Swiss-Garden Hotel TEMPAH SEKARANG! 13. Temasek H...

Phuket pantai yang indah

Assalamualaikum w.b.t & Selamat sejahtera, Kembali lagi saya dari Phuket pada 29 April 2018 lalu, bersama keluarga melawati pantai Phuket di Bang Tao . Sebelum ini saya pernah ke Phuket di Patong, tetapi pada kali ini saya ke Bang Tao untuk lebih privasi. Persisiran pantai yang sungguh cantik, pasir halus, air laut yang hijau jernih bersama sekumpulan anak ikan yang boleh dilihat jika anda berada di pesisir pantai sahaja. Tidak rugi jika anda berada disini dengan tujuan lebih privasi dan tenang tanpa terlalu ramai kunjungan orang. Bang Tao Beach Kami memilih tempat tinggal di Pams Bang Tao Villa 1 yang mana kami tempah melalui Booking.com . Harga yang berpatutan untuk keluarga seramai 6 orang maksimum. Kos tinggal selama 4H3M sebanyak RM1,142 . Segala peralatan lengkap didalam banglo tersebut. Jika anda ingin jimat, terdapatan segala peralatan memasak. Makanan restoren disana agak mahal jadi tidak salah jika anda ingin berjimat. Kami juga membeli barang dapur yang mu...

Senarai Apartment di Kuala Lumpur 2021

Kembali lagi dengan membawa senarai apartment untuk penginapan keluarga anda!!! Jom kita lihat senarai TOP pilihan apartment di Kuala Lumpur: 1. Regalia Suites and Hotel TEMPAH SEKARANG 2. Arte Plus by Afflexia Serviced Suites KLCC TEMPAH SEKARANG 3. The best KLCC view @ Regalia Residences TEMPAH SEKARANG 4. The Penthouse KLCC TEMPAH SEKARANG 5. Victoria Home Arte Plus TEMPAH SEKARANG 6. Saba Suites at Platinum KLCC TEMPAH SEKARANG 7. PH Suites @ Pavillion Bukit Bintang TEMPAH SEKARANG 8. The Apartments @ Times Square TEMPAH SEKARANG 9. Dorsett Residences Bukit Bintang TEMPAH SEKARANG 10. Summer Suites Residences by Subhome KLCC TEMPAH SEKARANG