Assalamualaikum w.b.t & Selamat sejahtera, Kembali lagi saya dari Phuket pada 29 April 2018 lalu, bersama keluarga melawati pantai Phuket di Bang Tao . Sebelum ini saya pernah ke Phuket di Patong, tetapi pada kali ini saya ke Bang Tao untuk lebih privasi. Persisiran pantai yang sungguh cantik, pasir halus, air laut yang hijau jernih bersama sekumpulan anak ikan yang boleh dilihat jika anda berada di pesisir pantai sahaja. Tidak rugi jika anda berada disini dengan tujuan lebih privasi dan tenang tanpa terlalu ramai kunjungan orang. Bang Tao Beach Kami memilih tempat tinggal di Pams Bang Tao Villa 1 yang mana kami tempah melalui Booking.com . Harga yang berpatutan untuk keluarga seramai 6 orang maksimum. Kos tinggal selama 4H3M sebanyak RM1,142 . Segala peralatan lengkap didalam banglo tersebut. Jika anda ingin jimat, terdapatan segala peralatan memasak. Makanan restoren disana agak mahal jadi tidak salah jika anda ingin berjimat. Kami juga membeli barang dapur yang mu...
tips percutian dan tempat makan serata dunia