Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2020

Cuti Di Pulau Pangkor

Cuti di Pulau Pangkor memang terbaik! Sis baru balik dari bercuti di sana. Tiada plan pada mulanya, tapi dapat pula masa walaupun hanya 3H 2M sahaja. Terasa waktu cepat berlalu sepanjang berada disana. Ok, Sis cuma nak kongsi perjalanan dan tips sepanjang berada di sana. Sis mulakan perjalanan awal pagi dengan ambil tren ETS ke Batu Gajah . Jujurnya memang pilihan kedua jika hendak ke Pangkor. Sekiranya anda tak ingin membuang masa, boleh ambil bas dari TBS-Lumut. Dari stesen bas Lumut hanya jalan kaki 5min ke Jeti Lumut. Lebih mudah dan senang. Tapi Sis nak jalan lebih la kan.  Sampai di Batu Gajah, Sis ambil Grab untuk ke Jeti Lumut. Perjalanan ambil masa 1 jam. Kemudian di Jeti Lumut, Sis beli tiket di kaunter, simpan tiket resit sebab tiket tu untuk perjalanan pergi-balik. Jangan buang pula. Ramai yang tak tahu sebab tak diberitahu semasa beli tiket. Harga tiket pergi balik RM14 sahaja untuk dewasa. Ada juga yang boleh dibeli online, cuba anda cek di laman ini easybook.com ....